Blogger Templates

my cutest blog

Wednesday 16 March 2011

Papa & Twins

ramai yg cakap.... twins ni serupe muka papa.... iye ke...? tang kulit mungkin iye cerah, kalu ikut mama tang mata kot sepet....heheh. alhamdullilah.... mama tak kisah... asalkan twins sihat selalu. tapikan kalu tgk betul2 adik sebiji mcm papa... manja pon ngan papa. tapi abg lain sket....nak ngan mama aje.. bab bila mama marah terus carik papa jugak...

papa ohh papa...nasib baikla papa ni penyabar orgnya..... bolela nak bg muka kat twins ni. kalu dah melampau sgt mmg kena (twins suka bergusti) mana mama tak marah, last2 salah sorang mesti cedera, tu yg buat mama marah.. sian twins. tapi mama dok marah2 pon.... last2 nak mama jugak...tu yg besttt..!

bestnya... cuti2 malaysia....

 papa, abg & adik


 papa, abg & adik (swiss garden kuantan)


papa & adik (umah opah kg)

Taska Itqan

Farid & Faiz, dah 2 tahun kat taska itqan... sejak berumur 1 tahun mama antar sana. sebelum ni twins kat taska lain tapi jauh skit dari umah. sepanjang 2 tahun ni adala on off  6 bulan masa ada maid. setakat ni maid dah 3 org, suma tak boleh tahan. kata depa suma susah nak jaga twins. alahh... biasala maid skrg ni mcm2 hal. byk sgt alasan.  penat nak train drg ni... last2 xjadik jugak...lain yg disuruh, lain yg dibuat...

at last mama dan papa decided antar twin kat taska jelah. owner taska panggilan 'ibu & ayah' ni baik sgt. penyayang. sayangkan budak2.... kakak2 yg menjaganya pon baik2 semua. mama dan ibu pun berkawan baik...alhamdulilah. semoga taska ni berkekalan...

gamba twins kat taska itqan tahun 2009 masa umur 2 thn sambut besday...

makcu, kak ika, abg & adik


abg, adik & kawan2( sbhgn ada ramai lg)


ayah, ibu, abg & adik

Friday 11 March 2011

Kisah Twins

Muhammad Farid & Muhammad Faiz,
lahir 3 tahun yg lalu. sebenarnya agak lama mama & papa menunggu sehinggalah kami terima berita gembira mama disahkan pregnant. Masa tu 2 bulan kandungan baru tau.. sbb mama tak sedar yg mama ni dah ada isi. mana taknya, dah biasa lewat period dan tak period langsung... tapi tak berisi. nak dijadikan cerita malam pd hari kejadian mama teringin nak makan ikan bakar 2 ekor tanpa nasi. kononnya nak ratah je lah... balik tu kepala dah mula pening, rasa loya nak muntah...bila dok errgg..errggg kuar angin dok rasa ikan yg makan td. tetiba je badan rasa lemah dan kejang... papa mula panik terus bawa mama pegi Hospital Pakar An-Nur Bangi malam tu jugak. Dokte kata takda apa2, mungkin perut masuk angin je....pelik kan, tak nampak apa2 lg. 2miggu kemudian dah rasa heran knp badan rasa lain mcm... pegi cek lg. tak da apa cuma satu line, bilala line kedua nak keluar ni, bisik mama dalam hati..... sehinggalah kali ke-5 xsilap mama, barulah mama disahkan mengandung dah 2 bulan. Alhamdullilah...bahagia rasanya.....


Bermulalah kisah alahan....mama balik kg sbb teruk sgt. terukya Tuhan saja yg tahu. setiap hari muntah...muntah...muntah.....kuar apa tau air je. makan langsung tak bole. org lain mengandung gemuk, mama mengandung kurus kering... tak bole makan langsung mana tidaknya....minum air putih terasa spt minum air 7-up..pedih tak terkata. pada saat itu, tak tetanggung rasanya... sehingga terdetik mengatakan inilah sulung, inilah bongsu......(masa ni taktau lg ada dua).... bila dah masuk 3 bulan, terasa nak makan labu air..... tu jelah yg bole masuk. (padahal sebelum ni tak minat lgsung)... masuk 4 bulan, pegi cek lagi...kuar masuk hospital dah jadi rutin...... masuk air sbb badan lemah xmakan dan kurang minum. Masa tu kesian papa, ulangalik ke kg jenguk mama. pegi cek lg, doktor cakap kandungan mama ni luarbiasa dari biasa, bila scan xnampak apa2 yg pelik. Tapi condition mama ni teruk sgt, kemana saja bawak plastik.....


Sehinggalah kandungan nak masuk 5 bulan, mama ikut papa balik rumah kami.... pegi cek lg, papa tanya doktor knp mama ni teruk sgt.... sian mama katanya. doktor cakap biasa alahan ni depend on individu, ada tu takda alahan lgsung... kata doktor la. sejak mengandung ni tiap2 kali p klinik mesti scan.... risau jugak mama. org kata tak elok slalu....  tgh dok sembang2 ngan doktor.... sambil doktor scan perut mama ni, tetiba doktor cakap, saya nampak kat sini ada 2 heart beat......tapi tak berapa jelas. haaa... papa apa lg, terus tanya.... apa maksudnya........? then doktor said, " ur wife got twins'...! mcm nak pengsan mama... rasa mcm mimpi.... je. betul ke ni. betul ke ni..? terus rasa sihat.... walaupun plastik sentiasa ditangan.


Mmg susah nak nampak twins waktu tu, mungkin dorang main nyorok2 kot..... terus call sampaikan berita gembira pada mak dan mother in law.... tapi siap cakap, org tak percaya... jgn kecoh2 lg. esok nak cek pakar dulu. finally.............confirmed. twins terus tunjuk tanpa malu2.... doktor ckp,  saya nampak 2 bird kat situ.......:) doktor...doktor.... sempat lg bergurau.


Alhamdullilah... alahan mama beransur kurang bermula 7 bulan. selera makan membuak2....semua naik, muka, badan, kaki pun membengkak.... dulu risau kurus.... skrg risau gemuksnya mama.... mama semakin sihat. twins pon sama asyik minta makan je.....(hehe ayat cover).. genap 37 weeks, 2hb dec 2007 mama masuk wad atas arahan doktor...sedangkan mama sakit pon tak....katanya, twins mama ni takle tunggu lama, drg dah semakin besar, space kat dalam dah sempit.....then induce tapi tak nak sakit jugak..... at last, doktor terpaksa buat c- section..., pada mulanya mmg mama prefer nak caesar sbb mama ni takut sangat nak bersalin normal tapi doktor nak try normal....... akhirnya caesar jugak...... Lahirlah twins kesayangan mama dan papa tepat jam 3.16 & 3.18 ptg isnin, 3hb dec 2007...... Alhamdulilah... Syukur kpd Allah.


Terima kasih doktor Fatimah & assistant, Hospital Pakar An-Nur.....




Abg & Adik


Papa, Abg & Adik... happynya papa..:)


Papa & Adik


Papa & Abg


Adik Faiz


Abg Farid


Papa dah ready..


Terima kasih opah (mak- mama), berkampung di wad.

Thursday 10 March 2011

Family Portrait

Assalamualaikum....

Sunyi pulak rasanya bila anak2 dah tido, kalu masih berjaga gawat umah dibuatnya. bila dorang dah tido semua termasuk papa..... bole la mama surfing jap. bukan apa sebenarnya dah lama niat dihati ni nak buat blog sendiri, tapi kekangan masa tu yg membuatkan xjadik2 jugak (cewah mcm sibuk sgt mama ni kan).. finally ari ni berjaya juga mama menjadikannya.... (betui ke ayat mama ni...?)


Ok serba sikit tentang diri mama, mama ni simple je...senang nak dijaga (ayat ditujukan utk papa), kadang2 bole jadi cerewet dan sensitif juga. tapi jarang2 la berlaku bab sensitif tu..... bab rajin mmg rajin....huhu perasan pulak. rajin mengemas, rajin memasak, rajin berleter...oppps... terlepas pulak silap tu, sebenarnya rajin bercakap..hehe. mungkin kadang2 mama ni kelakar jugak kot.....tapi sejak ada 2 anak ni kan (twins)..... bole tahan rajin sgt naik angin, maklumlah nak layan kerenah depa nak membesor... mcm2 hal, dan byk pulak akalnya...(udah2 la mama...jgnla dok habaq suma...)

Family Portrait 2009...... Papa, Mama, Abg & Adik
(Twins tu muncung kena paksa bergambo..)

Wednesday 9 March 2011

Salam..

Terima kasih dan selamat datang ke blog mamaTwins ye... :)