Blogger Templates

my cutest blog

Friday, 11 March 2011

Kisah Twins

Muhammad Farid & Muhammad Faiz,
lahir 3 tahun yg lalu. sebenarnya agak lama mama & papa menunggu sehinggalah kami terima berita gembira mama disahkan pregnant. Masa tu 2 bulan kandungan baru tau.. sbb mama tak sedar yg mama ni dah ada isi. mana taknya, dah biasa lewat period dan tak period langsung... tapi tak berisi. nak dijadikan cerita malam pd hari kejadian mama teringin nak makan ikan bakar 2 ekor tanpa nasi. kononnya nak ratah je lah... balik tu kepala dah mula pening, rasa loya nak muntah...bila dok errgg..errggg kuar angin dok rasa ikan yg makan td. tetiba je badan rasa lemah dan kejang... papa mula panik terus bawa mama pegi Hospital Pakar An-Nur Bangi malam tu jugak. Dokte kata takda apa2, mungkin perut masuk angin je....pelik kan, tak nampak apa2 lg. 2miggu kemudian dah rasa heran knp badan rasa lain mcm... pegi cek lg. tak da apa cuma satu line, bilala line kedua nak keluar ni, bisik mama dalam hati..... sehinggalah kali ke-5 xsilap mama, barulah mama disahkan mengandung dah 2 bulan. Alhamdullilah...bahagia rasanya.....


Bermulalah kisah alahan....mama balik kg sbb teruk sgt. terukya Tuhan saja yg tahu. setiap hari muntah...muntah...muntah.....kuar apa tau air je. makan langsung tak bole. org lain mengandung gemuk, mama mengandung kurus kering... tak bole makan langsung mana tidaknya....minum air putih terasa spt minum air 7-up..pedih tak terkata. pada saat itu, tak tetanggung rasanya... sehingga terdetik mengatakan inilah sulung, inilah bongsu......(masa ni taktau lg ada dua).... bila dah masuk 3 bulan, terasa nak makan labu air..... tu jelah yg bole masuk. (padahal sebelum ni tak minat lgsung)... masuk 4 bulan, pegi cek lagi...kuar masuk hospital dah jadi rutin...... masuk air sbb badan lemah xmakan dan kurang minum. Masa tu kesian papa, ulangalik ke kg jenguk mama. pegi cek lg, doktor cakap kandungan mama ni luarbiasa dari biasa, bila scan xnampak apa2 yg pelik. Tapi condition mama ni teruk sgt, kemana saja bawak plastik.....


Sehinggalah kandungan nak masuk 5 bulan, mama ikut papa balik rumah kami.... pegi cek lg, papa tanya doktor knp mama ni teruk sgt.... sian mama katanya. doktor cakap biasa alahan ni depend on individu, ada tu takda alahan lgsung... kata doktor la. sejak mengandung ni tiap2 kali p klinik mesti scan.... risau jugak mama. org kata tak elok slalu....  tgh dok sembang2 ngan doktor.... sambil doktor scan perut mama ni, tetiba doktor cakap, saya nampak kat sini ada 2 heart beat......tapi tak berapa jelas. haaa... papa apa lg, terus tanya.... apa maksudnya........? then doktor said, " ur wife got twins'...! mcm nak pengsan mama... rasa mcm mimpi.... je. betul ke ni. betul ke ni..? terus rasa sihat.... walaupun plastik sentiasa ditangan.


Mmg susah nak nampak twins waktu tu, mungkin dorang main nyorok2 kot..... terus call sampaikan berita gembira pada mak dan mother in law.... tapi siap cakap, org tak percaya... jgn kecoh2 lg. esok nak cek pakar dulu. finally.............confirmed. twins terus tunjuk tanpa malu2.... doktor ckp,  saya nampak 2 bird kat situ.......:) doktor...doktor.... sempat lg bergurau.


Alhamdullilah... alahan mama beransur kurang bermula 7 bulan. selera makan membuak2....semua naik, muka, badan, kaki pun membengkak.... dulu risau kurus.... skrg risau gemuksnya mama.... mama semakin sihat. twins pon sama asyik minta makan je.....(hehe ayat cover).. genap 37 weeks, 2hb dec 2007 mama masuk wad atas arahan doktor...sedangkan mama sakit pon tak....katanya, twins mama ni takle tunggu lama, drg dah semakin besar, space kat dalam dah sempit.....then induce tapi tak nak sakit jugak..... at last, doktor terpaksa buat c- section..., pada mulanya mmg mama prefer nak caesar sbb mama ni takut sangat nak bersalin normal tapi doktor nak try normal....... akhirnya caesar jugak...... Lahirlah twins kesayangan mama dan papa tepat jam 3.16 & 3.18 ptg isnin, 3hb dec 2007...... Alhamdulilah... Syukur kpd Allah.


Terima kasih doktor Fatimah & assistant, Hospital Pakar An-Nur.....




Abg & Adik


Papa, Abg & Adik... happynya papa..:)


Papa & Adik


Papa & Abg


Adik Faiz


Abg Farid


Papa dah ready..


Terima kasih opah (mak- mama), berkampung di wad.

No comments:

Post a Comment